Sunday 19 August 2012

Salam Aidilfitri =')

Syahdunya... bangun pagi tadi tengok jam dah pukul 6:30. Lepas tu tepuk dahi, cakap tak sahur lagi. Menyesal gila tak kunci jam. Weyh, aku lupa gila kata hari ni raya! Lepas tu aku turun bawah tengok semua dah siap handsome lawa pakai baju melayu dengan baju kurung. Mujur aku tak tukar jadi beruk sebab terkejut tengok depa makan ketupat. Dalam hati detik tiga patah kata, tak puasa ka? Mujur Ain (cik kemetot adik aku tu) kata hari ni raya.

Tak pa, aku pun naik mandi dan rasmi baju raya merah jambu tu. Okey, aku akhirnya memerah jambukan diri. Tenenenet! Warna paling aku tak suka dalam dunia! Haa, amik hang. Senang cerita.

Ni part paling sedih, syahdu dan nak merembeskan air mata lelaki aku yang julung kali nak keluar. Tak pernah-pernah jadi macam ni.

Aku turun bawah. Semua orang dah siap sedia nak beraya (part mohom ampun atas salah silap). Dengan takbirnya lagi. Wah, syahdu gila. Haha. Aku pun pergi la duduk sebelah along aku. Part beraya mula dengan mak dan abah, lepas tu barulah aku, along dengan Ain ikut. Syahdu tak? Haha. Okey, ni bukan sebab aku nak nangis lagi. Tunggu.

:Part aku dengan along:

Okey, aku dengan along ni macam orang katalah; air dicincang takkan putus, silap haribulan jadi cincau yang sedap tu. Tapi ada time gaduh jugak. Biasa la adik-beradik. Macam biasalah beraya, bertukar ucapan maaf. Tapi yang buat aku terharu tu, tak pernah-pernah dia dukung aku pusing-pusing 720 darjah dengan kelajuan 70 km/j. Terjerit aku mintak maaf. Malu cek. Haha. Okey, nak tunjuk dia punya otot lengan kuat kot? Hmm, along... angah mintak maaf bebanyak jugak! Banyak dosa kat along.. angah tau tu. ='P

Yang ni lagi haru dan syahdu.

:Part aku dengan Ain:

Hmm... rasanya sepanjang aku 16 tahun bernyawa atas dunia ni tak pernah aku kena 'kiss' dengan dia. Relax, adik aku tu. Hmm, mula-mula aku ingat kesan pening-pening semut cari gula tak jumpa sebab kena 'gasing' dengan along tadi. Mana tak nya, dia elok je tunduk salam tangan dengan aku. Tak fasal-fasal peluk aku lepas tu cium pipi aku pulak. Aik budak ni? Haha. Sekali tak sekala nak jadi budak-budak balik. Hmm, syahdu hati aku. Ain, Ain... angah tak pernah kisah pun salah silap Ain tu. Buat angah nak nangis je. Malu angah. Au cak! Haha.

Lepas tu semua naik kereta pergi masjid. Sembahyang raya. Best, dapat duit raya 5 ringgit. Along tengok je sebab dia dah 18... so orang consider dia as 'dah bukan tanggungan mak bapak'. Kesian along. Well, dia dah 18 pun. Dah boleh nikah =DD

Tapi serius bak hang; penat gila bangang sial tahap argh. Tak pernah dalam hidup aku raya harung dua tempat sekali gus. Daripada lepas sembahyang raya sampai lepas Zuhur raya kat Sungai Petani. Lepas tu turun Perlis ada kot sampai Isyak. Dan sekarang; baru sampai. Fuhh, nasib baik ada R&R Gurun. Tapi eh, sesak jugak. Hmm... apa-apa aje.

So, aku nak minta maaf kat hangpa semua kalau aku ada buat salah. Soli mai pilai na soli soli! Aku sayang kat hangpa! 

Last words;

Takabalallah wa minnal minkum 
(kebaikan buatmu dan diriku juga)

Whoa, aku dah tak boleh tulis banyak-banyak, nanti habis lemak yang aku kumpul kat jari-jari aku yang runcing ni. Haha. Bye, assalamualaikum cinta! *canda*




Friday 17 August 2012

ILYSM Farah Deanna

Buka sengaja nak buat jiwang karat kat blog ni. Faham-faham sendiri bila rindu dah cengkam jantung, usus, perut, hempedu dan segala-gala. Padan muka aku. Tak dak fasal cari fasal. Menyesal gila bangang. Hmm... nak buat apa eh sekarang? Aku nak pujuk balik Farah Deanna. Nak buat bagi sweet habis la konon ni. 

"Farah Deanna..."

Raya dah nak dekat kan? Hari ni Jumaat, esok Sabtu dan lusa dah Ahad a.k.a Aidilfitri. Rumah kita tak jauh pun kan? Lorong belakang tu rumah Farah, depan rumah Adley. Jalan pun sampai. Tak gaduh nak cari alasan. Mai la rumah, terbuka je untuk sesiapa yang bertandang. Please la datang, I'm waiting for you.

"Farah Deanna"

Kenapa semakin menjauh? Dulu kalau nampak terus tegur tak fikir dua kali. Hmm.. tak teringin ke nak jadi macam dulu? At least kalau tak boleh couple, kawan pun jadilah. Macam apalah boleh gaduh fasal T_T. Come on Farah, jom la jadi Seperti Dulu.



"Farah Deanna!"

Mati akal dan idea tau cari jalan nak pujuk Farah. Kekadang penat bila asyik berlagak ego. Barulah tahu yang kalau dua-dua buat hati batu takkan ke mana. Fine, Sorry Seems To Be The Hardest Word.





"Farah Deanna"

Kalau diberi peluang ke dua... confirm Farah akan dengar ayat ni. "Be mine once more!" dengan muka Adley yang tersengih-sengih. Handsome apa? *handsome* Hah, kan dah mengaku? Gurau je jangan marah. Rasanya macam ni kot, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah.




"Farah Deanna =D"

Tau tak? Lepas break ni dah jarang nak mampuih berselisih. Pada Adley, Farah ni macam Chipsmore, kejap ade kejap tareee... Haha, larilah Farah. I don't care. Tau tak, kalau Farah lari tu maknanya Farah pun ada feeling lagi. Adley tak nafi, we're the same. Tau kenapa? Sebab Adley pun rasa macam nak lari je kalau terserempak dengan Farah. Walaupun sejauh 1 km. *over*




Pesanan terakhir- ILYSM Farah Deanna. 

p/s: Sorry. This post content is really disgusting to all that have no relate. =) Salam Lebaran 

Wednesday 15 August 2012

Laju, dah nak Syawal =_="

Sedar tak sedar, bulan posa nak habis dah! Sayu la pulak. Isk.. isk..isk. Hangpa dah beli baju raya? Haha, kita laki senang ja, yang perempuan pulak? Kalau famili aku semua nak yang jubah labuci. Pening nak sara depa ni. Haha.

Tapi tak semua perempuan macam tu kan? Ada je yang boleh sempoikan diri. Ada je yang boleh vogue tak payah keluar duit banyak. Argh, pandai-pandai bajet duit nak beli baju raya tau. Hmm, apa warna baju raya hangpa semua ey? Manalah tau kot-kot ada chemistry kan? ;)

Tahun ni mak aku cakap dia nak masak soto ala-ala Johor. Aku terima ajelah. Selalunya makan soto simple Kedah je dah rezeki mak aku dapat resepi full. Alhamdulillah merasa makanan Johor masa raya ni. Hangpa masak apa? Laksa? Soto jugak? Nasi tomato? Terpulang. Semua orang ada rancangan masing-masing.

Tak sabar rasanya nak raya. Tapi rasa sedih sebab dah nak keluar ramadhan. Takut aku keluar masih jadi Adley Iman yang sama macam sebelum ni. Aku tak nak la jadi manusia celaka. Siapa nak? Hmm.

Renung-renungkan ye perkongsian di bawah ni.


Orang celaka selepas Ramadhan:

Rasulullah saw bersabda "Celaka sungguh orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidaj berselawat ke atasku. Celaka sungguh orang yang sempat bersama Ramadhan dan berlalunya bulan itu tetapi dia tidak mendapat keampunan. Celaka sungguh orang yang berkesempatan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga."                                                                

  ~Riwayat Ahmad~



Aku pun tak baik sangat nak seru orang buat baik ni. Aku couple jugak, break jugak, makan jugak, tidur jugak. Kita sama je. Semua boleh jadi baik. Semua boleh jadi jahat. Tapi mestilah nak yang baik kan? Pala hotak aih nak jadi jahat. Tak dak faedah pun. Banyak kejadah lagi ada la.

Jadi lepas ramadhan ni, aku harap aku jadi baik sikit. Jadi Adley Iman yang serius belajar, bersukan dan beribadat. Haha, tinggi punya cita-cita. Tak apa, aku cuba. Ni cabaran hidup! Nak ubah diri 360 darjah mesti kena lepas sudut 90 dulu. Sampai sini je. Salam lebaran kawan!

Chao. Toche toche.



Sunday 22 July 2012

Ramadhan... ahlan wasahlan

Walapun dah agak terlambat... eh dah memang lambat tapi aku tetap nak cakap cegini, "Selamat menyambut bulan Ramadhan!"

Walaupun balik tiga hari je, tapi okay; aku dah berjaya manfaatkan. Sekurang-kurangnya tak miss tarawih dah tadarus dengan along dan adik. Si kembar tak payah sibuk! Kecik lagi... hahaha.

Cuma kali ni aku sedih... tak dapat ucapan daripada Farah Deanna lagi dah. Okay tak pa; ada hikmah kot kami clash. Memang argh frust. Aku tak tau nak cari kat mana lagi perempuan yang cantik macam dia. Mungkin satu dalam bumi dan 1000 di pluto! Okay, bergurau aje... deng deng.

Untuk Farah, selamat berpuasa. Aku dah tak marah dah tapi at least tengok balik ayat aku tu. Awak comel kalau pakai tudung. 10 kali ganda daripada tak pakai! Sumpah betul! Dah aku tak nak muka kau yang cantik tu burn free je dalam neraka sebab tak pakai tudung. Please berubah der, kalau pun aku dah tak boleh nak sayang kau sebagai awek aku, fine aku still akan sayang kau macam ex aku. Deal?

Untuk yang baca, selamat berpuasa juga. Jadikan Ramadhan kali ni lebih bermakna tau. Bukan senang nak sampai ke Ramadhan. Tak tau lagi kan tahun depan sempat lagi tak merasa semua ni. Wallahualam.

Sorry kalau post ni agak gedik. Memang gedik pun. Dan aku pun rasa pahala aku hari ni sedikit slim sebab asyik fikirkan Farah. Bukan senang oi! Bukan senang nak lupa. Dia yang first dah aku harap yang last. Tapi, for my own sake; aku terpaksa.

Tak tau nak tulis apa dah. Tapi apapun, selamat berpuasa, tarawih dan bersahur. Last words; enjoy your Ramadhan ey? All the best.

Chao. Salam.


Tuesday 3 January 2012

Form 4?

Form 4? Heh, masa ni la aku nak kena srtive nak tengok aku akan ke neraka dunia ataupun syurga dunia. Maaf bak hang, ayat kalai ni memang agak hiperbola tapi ini realiti kot. Sapa yang nak menganggur apa semua tu? Sapa yang mau tak lulus SPM?

Jadi, sekarang ni la aku nak kena pulon. La, pulon? Tak tau ka? Pulon tu macam membanting usaha la jugak. Bak hang, esok aku dah balik ke sekolah lama. Aku ada juga mintak MRSM, tapi tak rasa macam nak dapat pun. Elok lagi, aku dah memang tak mau keluar dari Kedah ni. Bukan aku tak berfikiran terbuka, tapi... entahlah. Malas la!

Aku rasa duk kat mana pun sama aje. Cuma kalau aliran MRSM ni senang nak pi oversea kan? = =" hehe... Kedah pun aku tak mau keluar, ni pulak Malaysia.

Hampeh betul kan aku ni? Tak payah mengata la, hangpa pun ada yang lebih kurang aku jugak! Bye, chow dulu~

Friday 30 December 2011

Saja Gedik ;-P

Wah; sedar-sedar aku seorang ja yang maish single. Member semua dah ada awek. Aku bila lagi? Entahlah. Kalau nak tunggu orang yang suka jatuh hati kat aku, mesti kena kira waktu dari zaman dinasor pupus - abad 21 la baru dia nak balas perasaan aku tu. Orang tu, orang tu; I love you

By the way; sedih jugak la kan? Time lepak dengan member-member, semua pegang hanset layan aweks~ aku seorang ja yang pegang PSP layan game. Game smackdown;  akhir sekali mesti naik macam ni: You 'kalah lagi dan lagi ;p. Hish, benci argh PSP tu! Oi, tak tersentuh ka?

Argh.. tapi ada seoran member aku ni baguih sungguh! Terbaik ar, dia tau awek tu tak layan, tapi masih setia berdiri macam KLCC tunggu awek 'fatamorgana' dia; [aku guna KLCC sebab dia dua kaki dan tinggi 2cm dari aku] Tak larat nak nasihat hang dah, mampuih pi!

Ehem~ nak cari awek lain kat mana ek? Orang tak nak layan kite, kite nak cari lain la. Haha.. nak cari kat fb, kena hack. Nak cari kat blog, follower x ramai. Tapi blog gambar sikit la. Dah tu kalau nak ngorat kena komen pulak; isk..isk.. x  dak privasi~

Oh... sampai sini lah dulu. Ada masa aku sambung~ Assalamualaikum!

Wednesday 28 December 2011

Honeymoon year!

Yeah. Dah nak masuk honeymoon year akhirnya. Syok kot! Aku dah nak naik form 4. Dah tua aku ni kan? Dah nak 16 tahun. Dah nak ambil SPM untuk tahun 2013. Hah, SPM candidate yg bersemangat kan? haha.

So, aku x rancang nak masuk boarding school. Walaupun boleh lepas. Sayang pulak nak tinggal sekolah lama ni. Banyak kenangan kot!

HAHA! ERM, ADA JGAK MANUSIA MACAM AKU KAN? HAHA!