Sunday, 22 July 2012

Ramadhan... ahlan wasahlan

Walapun dah agak terlambat... eh dah memang lambat tapi aku tetap nak cakap cegini, "Selamat menyambut bulan Ramadhan!"

Walaupun balik tiga hari je, tapi okay; aku dah berjaya manfaatkan. Sekurang-kurangnya tak miss tarawih dah tadarus dengan along dan adik. Si kembar tak payah sibuk! Kecik lagi... hahaha.

Cuma kali ni aku sedih... tak dapat ucapan daripada Farah Deanna lagi dah. Okay tak pa; ada hikmah kot kami clash. Memang argh frust. Aku tak tau nak cari kat mana lagi perempuan yang cantik macam dia. Mungkin satu dalam bumi dan 1000 di pluto! Okay, bergurau aje... deng deng.

Untuk Farah, selamat berpuasa. Aku dah tak marah dah tapi at least tengok balik ayat aku tu. Awak comel kalau pakai tudung. 10 kali ganda daripada tak pakai! Sumpah betul! Dah aku tak nak muka kau yang cantik tu burn free je dalam neraka sebab tak pakai tudung. Please berubah der, kalau pun aku dah tak boleh nak sayang kau sebagai awek aku, fine aku still akan sayang kau macam ex aku. Deal?

Untuk yang baca, selamat berpuasa juga. Jadikan Ramadhan kali ni lebih bermakna tau. Bukan senang nak sampai ke Ramadhan. Tak tau lagi kan tahun depan sempat lagi tak merasa semua ni. Wallahualam.

Sorry kalau post ni agak gedik. Memang gedik pun. Dan aku pun rasa pahala aku hari ni sedikit slim sebab asyik fikirkan Farah. Bukan senang oi! Bukan senang nak lupa. Dia yang first dah aku harap yang last. Tapi, for my own sake; aku terpaksa.

Tak tau nak tulis apa dah. Tapi apapun, selamat berpuasa, tarawih dan bersahur. Last words; enjoy your Ramadhan ey? All the best.

Chao. Salam.