Sunday, 19 August 2012

Salam Aidilfitri =')

Syahdunya... bangun pagi tadi tengok jam dah pukul 6:30. Lepas tu tepuk dahi, cakap tak sahur lagi. Menyesal gila tak kunci jam. Weyh, aku lupa gila kata hari ni raya! Lepas tu aku turun bawah tengok semua dah siap handsome lawa pakai baju melayu dengan baju kurung. Mujur aku tak tukar jadi beruk sebab terkejut tengok depa makan ketupat. Dalam hati detik tiga patah kata, tak puasa ka? Mujur Ain (cik kemetot adik aku tu) kata hari ni raya.

Tak pa, aku pun naik mandi dan rasmi baju raya merah jambu tu. Okey, aku akhirnya memerah jambukan diri. Tenenenet! Warna paling aku tak suka dalam dunia! Haa, amik hang. Senang cerita.

Ni part paling sedih, syahdu dan nak merembeskan air mata lelaki aku yang julung kali nak keluar. Tak pernah-pernah jadi macam ni.

Aku turun bawah. Semua orang dah siap sedia nak beraya (part mohom ampun atas salah silap). Dengan takbirnya lagi. Wah, syahdu gila. Haha. Aku pun pergi la duduk sebelah along aku. Part beraya mula dengan mak dan abah, lepas tu barulah aku, along dengan Ain ikut. Syahdu tak? Haha. Okey, ni bukan sebab aku nak nangis lagi. Tunggu.

:Part aku dengan along:

Okey, aku dengan along ni macam orang katalah; air dicincang takkan putus, silap haribulan jadi cincau yang sedap tu. Tapi ada time gaduh jugak. Biasa la adik-beradik. Macam biasalah beraya, bertukar ucapan maaf. Tapi yang buat aku terharu tu, tak pernah-pernah dia dukung aku pusing-pusing 720 darjah dengan kelajuan 70 km/j. Terjerit aku mintak maaf. Malu cek. Haha. Okey, nak tunjuk dia punya otot lengan kuat kot? Hmm, along... angah mintak maaf bebanyak jugak! Banyak dosa kat along.. angah tau tu. ='P

Yang ni lagi haru dan syahdu.

:Part aku dengan Ain:

Hmm... rasanya sepanjang aku 16 tahun bernyawa atas dunia ni tak pernah aku kena 'kiss' dengan dia. Relax, adik aku tu. Hmm, mula-mula aku ingat kesan pening-pening semut cari gula tak jumpa sebab kena 'gasing' dengan along tadi. Mana tak nya, dia elok je tunduk salam tangan dengan aku. Tak fasal-fasal peluk aku lepas tu cium pipi aku pulak. Aik budak ni? Haha. Sekali tak sekala nak jadi budak-budak balik. Hmm, syahdu hati aku. Ain, Ain... angah tak pernah kisah pun salah silap Ain tu. Buat angah nak nangis je. Malu angah. Au cak! Haha.

Lepas tu semua naik kereta pergi masjid. Sembahyang raya. Best, dapat duit raya 5 ringgit. Along tengok je sebab dia dah 18... so orang consider dia as 'dah bukan tanggungan mak bapak'. Kesian along. Well, dia dah 18 pun. Dah boleh nikah =DD

Tapi serius bak hang; penat gila bangang sial tahap argh. Tak pernah dalam hidup aku raya harung dua tempat sekali gus. Daripada lepas sembahyang raya sampai lepas Zuhur raya kat Sungai Petani. Lepas tu turun Perlis ada kot sampai Isyak. Dan sekarang; baru sampai. Fuhh, nasib baik ada R&R Gurun. Tapi eh, sesak jugak. Hmm... apa-apa aje.

So, aku nak minta maaf kat hangpa semua kalau aku ada buat salah. Soli mai pilai na soli soli! Aku sayang kat hangpa! 

Last words;

Takabalallah wa minnal minkum 
(kebaikan buatmu dan diriku juga)

Whoa, aku dah tak boleh tulis banyak-banyak, nanti habis lemak yang aku kumpul kat jari-jari aku yang runcing ni. Haha. Bye, assalamualaikum cinta! *canda*




No comments:

Post a Comment