Wednesday 15 August 2012

Laju, dah nak Syawal =_="

Sedar tak sedar, bulan posa nak habis dah! Sayu la pulak. Isk.. isk..isk. Hangpa dah beli baju raya? Haha, kita laki senang ja, yang perempuan pulak? Kalau famili aku semua nak yang jubah labuci. Pening nak sara depa ni. Haha.

Tapi tak semua perempuan macam tu kan? Ada je yang boleh sempoikan diri. Ada je yang boleh vogue tak payah keluar duit banyak. Argh, pandai-pandai bajet duit nak beli baju raya tau. Hmm, apa warna baju raya hangpa semua ey? Manalah tau kot-kot ada chemistry kan? ;)

Tahun ni mak aku cakap dia nak masak soto ala-ala Johor. Aku terima ajelah. Selalunya makan soto simple Kedah je dah rezeki mak aku dapat resepi full. Alhamdulillah merasa makanan Johor masa raya ni. Hangpa masak apa? Laksa? Soto jugak? Nasi tomato? Terpulang. Semua orang ada rancangan masing-masing.

Tak sabar rasanya nak raya. Tapi rasa sedih sebab dah nak keluar ramadhan. Takut aku keluar masih jadi Adley Iman yang sama macam sebelum ni. Aku tak nak la jadi manusia celaka. Siapa nak? Hmm.

Renung-renungkan ye perkongsian di bawah ni.


Orang celaka selepas Ramadhan:

Rasulullah saw bersabda "Celaka sungguh orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidaj berselawat ke atasku. Celaka sungguh orang yang sempat bersama Ramadhan dan berlalunya bulan itu tetapi dia tidak mendapat keampunan. Celaka sungguh orang yang berkesempatan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga."                                                                

  ~Riwayat Ahmad~



Aku pun tak baik sangat nak seru orang buat baik ni. Aku couple jugak, break jugak, makan jugak, tidur jugak. Kita sama je. Semua boleh jadi baik. Semua boleh jadi jahat. Tapi mestilah nak yang baik kan? Pala hotak aih nak jadi jahat. Tak dak faedah pun. Banyak kejadah lagi ada la.

Jadi lepas ramadhan ni, aku harap aku jadi baik sikit. Jadi Adley Iman yang serius belajar, bersukan dan beribadat. Haha, tinggi punya cita-cita. Tak apa, aku cuba. Ni cabaran hidup! Nak ubah diri 360 darjah mesti kena lepas sudut 90 dulu. Sampai sini je. Salam lebaran kawan!

Chao. Toche toche.



No comments:

Post a Comment