Friday 17 August 2012

ILYSM Farah Deanna

Buka sengaja nak buat jiwang karat kat blog ni. Faham-faham sendiri bila rindu dah cengkam jantung, usus, perut, hempedu dan segala-gala. Padan muka aku. Tak dak fasal cari fasal. Menyesal gila bangang. Hmm... nak buat apa eh sekarang? Aku nak pujuk balik Farah Deanna. Nak buat bagi sweet habis la konon ni. 

"Farah Deanna..."

Raya dah nak dekat kan? Hari ni Jumaat, esok Sabtu dan lusa dah Ahad a.k.a Aidilfitri. Rumah kita tak jauh pun kan? Lorong belakang tu rumah Farah, depan rumah Adley. Jalan pun sampai. Tak gaduh nak cari alasan. Mai la rumah, terbuka je untuk sesiapa yang bertandang. Please la datang, I'm waiting for you.

"Farah Deanna"

Kenapa semakin menjauh? Dulu kalau nampak terus tegur tak fikir dua kali. Hmm.. tak teringin ke nak jadi macam dulu? At least kalau tak boleh couple, kawan pun jadilah. Macam apalah boleh gaduh fasal T_T. Come on Farah, jom la jadi Seperti Dulu.



"Farah Deanna!"

Mati akal dan idea tau cari jalan nak pujuk Farah. Kekadang penat bila asyik berlagak ego. Barulah tahu yang kalau dua-dua buat hati batu takkan ke mana. Fine, Sorry Seems To Be The Hardest Word.





"Farah Deanna"

Kalau diberi peluang ke dua... confirm Farah akan dengar ayat ni. "Be mine once more!" dengan muka Adley yang tersengih-sengih. Handsome apa? *handsome* Hah, kan dah mengaku? Gurau je jangan marah. Rasanya macam ni kot, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah.




"Farah Deanna =D"

Tau tak? Lepas break ni dah jarang nak mampuih berselisih. Pada Adley, Farah ni macam Chipsmore, kejap ade kejap tareee... Haha, larilah Farah. I don't care. Tau tak, kalau Farah lari tu maknanya Farah pun ada feeling lagi. Adley tak nafi, we're the same. Tau kenapa? Sebab Adley pun rasa macam nak lari je kalau terserempak dengan Farah. Walaupun sejauh 1 km. *over*




Pesanan terakhir- ILYSM Farah Deanna. 

p/s: Sorry. This post content is really disgusting to all that have no relate. =) Salam Lebaran 

1 comment: